"Erti hidupnya juga, beda." - Bapak Tono (Contengan Jalanan)
Semalam, aku jumpa salah satu erti hidup. Memberi. Berkesempatan join aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh beberapa insan mulia mungkin, memberi bantuan makanan dan pakaian kepada warga bergelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Orang homeless.
Actually, niat asalnya hanyalah suka-suka. Disebabkan hujung minggu, aku ada kelapangan apa salah nya nak join kan. Tapi bila aku sampai sana, boleh kata first time aku dapat experience benda-benda rare macam ni.
Bila aku tengok sendiri keadaan orang homeless ini, teringat aku pasal kisah K2. K2, watak dalam Contengan Jalanan, ventured to Jakarta to find his purpose of life. After meeting Bapak Tono in Australia, K2 decided to go on a trip to Indonesia, impromptu. And there, he met many kinds of people, and one of them is, "orang gelandangan".
So, bila aku tengok sendiri keadaan orang-orang homeless ni, macam-macam perasaan timbul selain mengingatkan aku kepada situasi K2 di Jakarta. Ada yang berjaga, ada yang tidur lena, ada yang tidur tak pakai baju, berselimutkan kotak, mencari makan di kala dingin malam, dan yang pasti berbumbungkan langit hitam dan awan kelabu.
Ada ramai, terlalu ramai orang homeless sekitar Kuala Lumpur. Mujur ada insan-insan prihatin yang tolong anjurkan aktiviti kemasyarakatan nak tolong orang-orang macam ni. And kebanyakan daripada dorang jugak tak lah tak bekerja, ada yang jadi guard, ada yang jadi janitor, tapi disebabkan oleh kos hidup yang tinggi di bandar, siapa yang mampu miliki rumah?
Ada aku dengar kisah sedih, ada yang gembira bila kitorang datang bawa baju and makanan. Ada yang siap bergurau lagi, dan mereka ni kadang-kadang lagi tahu tentang keadaan sekeliling daripada kita. Hidup susah, tidak melarat, tapi dimana erti kemanusiaan? Kebanyakkan daripada mereka bukan orang punyai kudrat, muka masing-masing berkerut, masing-masing menggigil kesejukan, kalau hujan, manakan mahu berteduh?
Bila aku dah tengok sendiri kehidupan macam tu, bila aku sendiri hulur makanan dan pakaian dekat dorang, rasa sebak pun ada. Ada insan yang tak berapa beruntung macam kita. Tapi aku tengok dorang masih lagi boleh tersenyum. Pengalaman hebat, walau dalam satu malam.
Nak cerita, memang susah. Kalau ada kesempatan, maybe boleh rasa sendiri, boleh tengok dengan mata sendiri macam mana orang-orang ini hidup. Hidup orang gelandangan. Hidup orang homeless. Yang pasti, kita kena bersyukur kita tak diuji macam dorang. Moga mereka tabah, dan terus ingat tuhan. Dan, moga tuhan permudahkan.
Ada pakcik mualaf (revert) nama Sulaiman, " Baju Melayu ada? Boleh pakai masa raya."
Sayup aku dengar.