Sunday, February 12, 2012

Turn Back The Pendulum 7

Part 1: TBTP 6

Mustak atau nama sebenarnya Mustakim Bin Ismail ni kacak orangnya. Tapi jikalau dicompare dengan aku, tentulah aku lagi kacak. Haha. Sorry, menyimpang pulak.

Mustak ni orangnya berhati-hati. Susah nak kenakan tapi sepandai-pandai Mustak, pasti akan terkena jua. Maka mulalah semua kepala yang berada di dorm KP memerah otak untuk mengenakan Mustak.

"Conteng muka"

"Tarik katil letak tengah court"

"Bogelkan jela. Haha"

Itu diantara idea yang berjaya diperah dari otak masing-masing.

"Eh, gate DeMa bukak pukul berapa?" Jibam tiba-tiba bertanya. "Pukul 4.30" jawab Dauh spontan.

Jibam pun melontarkan idea beliau. Kitorang berkumpul di tengah dorm. Takut-takut Mustak terjaga. Menurut cerita Jibam, Mustak ni seorang yang prihatin. Setiap kali waktu sahur, dia akan mengejutkan semua ahli dorm KP untuk bersahur. Bila dah kejutkan semua orang, Mustak akan terus ke dewan makan "DeMa" seorang diri tanpa menunggu orang lain.

"Boleh pakai kot idea ni. Gate mana bukak lagi kan sekarang"

"Sape nak kejut Mustak?"

"Aku tak boleh doe, pecah perut nanti"

"Ko cadang, ko lah buat Arul"

Seperti yang aku cakap tadi, Mustak ni berhati-hati orangnya. So, demi menjayakan akitiviti ini, ceh, aktiviti lah sangat, kitorang set semua jam dalam dorm KP pada pukul 5 walhal ketika itu baru pukul 3. Arul memulakan kerjanya.

"Mustak, Mustak, dah pukul 5 dah. Jom ah gi sahur"

"Ehmmm, ehmmm, kejut lah orang lain dulu"

"Budak-budak ni tak nak gi sahur"

"Ehmmm, kejap lagi ah"

Semua orang pura-pura tidur, tahan ketawa melihat gelajat muka toya Arul.

"Pssst, Arul, Arul, Mustak tidur pakai jam doe"

"Pergh, nasib baik tak kantoi"

"Ah, sudah, cepat set jam Mustak tu"

Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut. Mustak masih nyenyak dibuai mimpi.

bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...