Friday, September 30, 2011

Turn Back The Pendulum 2

1997 - Currently 6 years old

Entah macam mana, aku pun tak tahu kenapa aku tak masuk tadika walaupun dah umur 6 tahun. Maybe aku masih fobia dan trauma dengan kejadian yang jadi pada tahun sebelumnya.

Things were getting better. I knew a few people. At least kenal lah jiran kiri kanan depan belakang. Silap, depan tak ada sebab rumah aku line first sekali. Depan tu dah jalan raya. Ada sungai jugak seberang jalan. Tempat aku selalu mandi dan balik mesti kena kejar anjing. Ceh, anjing jaga kebun je pun. Ni semua salah Abang Chik sebab makan rambutan kebun tu.

Abah aku seorang bekas guru. Kira dah bersara lah. Tapi waktu tu abah aku mengajar di Sekolah Sungai Marong sebagai cikgu pendidikan khas. Apa benda cikgu pendidikan khas ni? Cikgu pendidikan khas ialah orang yang bertanggungjawab mendidik golongan kelainan upaya (OKU).

Tak silap aku masa tu mana ada lagi term-term OKU ni. Semua guna istilah "cacat". And so, this is my story about valuable lesson despite I didn't attend pre-school.



1997 - Current place : Sekolah Sungai Marong, Bentong

I used to follow my father to school. My father asked me to follow him rather than doing nothing at home. Beside, there was no one to take care of me. So, willingly I followed him to school. Naik kereta Nissan Sunny warna merah sambil menyanyi lagu "Kereta Kecil Warna Merah".

There I met a bunch of kids. Most of them were older than me. Not by 1 or 2 years but some of them were in standard 6. But since I was 6 at that time, I wasn't that curious. Neither did I know what was happening. And honestly, I thought my father was teaching normal kids.

From monday to friday, I met them and played with them. Sometimes, I learnt with them and watched cartoons. Out of ambiguity, I asked my father why they spent most of their time playing rather than learning. He replied to me that they were special kids. As far as I can remember, I never heard of him calling them "cacat". Though my father was a bit lousy and easy going, it was quite a surprise to see him acted like that.

Then I met my first friend in elementary school. His name is Hazieq. Well, his sister suffers from a disease. Senang cerita akak dia OKU. And my father taught her sister too. I began to learn that those kids were "cacat". Autism, terencat akal, lost a particular part of the body and other.

I used to remember asking Hazieq how he felt about his sister. I sensed no remorse or shamefulness in him to have a sister like that. A family is still a family I guess. Just she couldn't talk and walk properly. I spent about a year with them. And I think this was better than going to a pre-school. Joining them in my everyday lives about 14 years ago changes everything on how I see them personally.

I grew up remembering this every time I see a "cacat" or "terencat" person. I don't see them as disgusting, disabled, or retarded. I see each and everyone of them as a person. Because I used to laugh, cried, ran along, and also shared food with them.

Though by any mean, I thought all that happened were coincidence, but I'm thankful to have such amazing experience. And I met a friend.

So which of the favours of your Lord would you deny?
 [Ar-Rahman, 55: 16]

Vid: Basmalah

This is an interesting video. A simple thing yet it's hard for us to practice. Sunnah membaca basmalah.

Aku pun lebih kurang. Kalau baca pun sebelum makan. Yang lain entah ke mana. So, let's take advice from this video and practice it. There is always a meaning behind every sunnah right?



Oh lupa. Sila tekan "cc" button untuk english subtitle.

Dimulakan dengan Bismillah
Disudahi dengan Alhamdulillah
Begitulah sehari dalam hidup kita
Mudah-mudahan dirahmati Allah  
-Raihan-

Credit to Sahel

**************

sudutkiri : Sebenarnya aku tak nak pun letak butang follow tu, walaupun Kamal dah bising suruh letak. Tapi tadi waktu aku check dashboard, tiba-tiba ada 4 orang followers. I prefer to call them readers. Pelik jugak. Tapi alang-alang dah ada letak je lah. Anyway, thanks !!!

Poetry: Perisa Hati Di Aidil Fitri


This is a poem made by one of my seniors, Syafiq aka Patrick from Mcmaster University, Hamilton, Canada. Serius makna dia mendalam. Walaupun syawal sudah hampir tamat, tapi korang kena baca jugak sajak ni. Credit to Auntie Rahidah.

Sajak yang dideklamasikan oleh Syafiq Azhari bersama iringan petikan guitar Syed Mohd Faisal dari MyMac di majlis Aidil Fitri pada 25hb September.

Kita memberi bukan untuk menerima
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
Moga tulus, putih dan murni hati kita
Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan

Dalam samar mainan rasa
Kekadang datang jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran

Pada yang empunya harta melimpah
hulurkanlah sedekah
Pada yang gagah sihat dan kuat
berilah tenaga dan keringat

Pada yang berbakat dan cendikiawan
murahlah dengan khidmat dan pengajaran
Pada yang miskin dan kesempitan
bersedekahlah dengan senyuman

Semua kita harus pemurah
Memberi bukan untuk bermegah

Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah

Berilah senyuman itu
Ikatkan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwa kan terhibur

Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia

Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!

Kepelbagaian perisa menjadi satu rasa
Aroma yang berbeza bumbu kelazatannya
Pedas, harum, manis dan pahit bergaul mesra
Dalam resepi warisan sejak dahulukala

Pada kelembutan ketupat dan lemang
Pada keenakan lodeh dan rendang
Bersalut segala kreativiti dan aspirasi
Melahirkan citarasa yang serasi dan harmoni

Begitulah kiasan di Hari Raya
Hari mempertemukan semua yang berbeza
Segala bangsa, budaya dan agama
Buat menjalinkan kesatuan rasa

Berbeza bukan untuk bertentangan
Pelbagai bukan untuk bertikai
Di Aidil Fitri kita dipertemukan
Bagai ramuan dalam satu masakan

Inilah menu hakiki…
Inilah persaudaraan sejati…
Perisa hati di Aidil Fitri !!

Musim haji bakal tiba !! Raya sekali lagi !!

Thursday, September 29, 2011

Turn Back The Pendulum

1996 - Currently 5 years old

I grew up in a place called Felda Mempaga. I was born in Hospital Bentong, and as far as I can recall, I didn't really remember much about my childhood. But I still can imagine the look of my old house. We had guava tree in our yard. And cats and snakes and also biawak.

Waktu aku kecil dulu, angsa merupakan binatang yang sangat menakutkan. Aku kena kejar angsa lagi banyak dari kena kejar anjing. Dan tempat paling selamat waktu tu adalah belakang mak aku. Heh, angsa tak berani kot dengan mak aku. Sambung english balik.

I lived there until I was five. Honestly speaking, I didn't remember any of my friends there and the only family I could recognize today is Mak Jah's family. The family that raised me when I was a kid. Kira pengasuh lah. Ada lagi satu kot, family Pak Cik Saadon. Well, it was peaceful. Ceh, kunun. I couldn't really say that because I remember almost nothing.

I've got lots of scars when I was kid. Due to running and falling down. And what is more surprise, I was quite fair when I was a kid. But due to some dna mutation biology related stuff - screw you melanin !! - my skin colour "evolved" to dark. Hitam manis. Pffft.


1996 - Current place : Taman Kolej Bentong

At this age, parents already sent their kids to tadika or pre-school. And I was going through the same process. Well, the story went like this.

Because of my parent had to teach at schools in Bentong, so we had to move as well. Moving to new place scared me. During that time, I've got no friends, I didn't know anybody except my family. And my mother forced me to go to pre-school. It was Tadika Perkim actually. I cried. Huwaa huwaa. Guling sana guling sini. My last resort didn't work.

We registered. And the scariest moment of my life began. It was totally awkward. No, it was horrifying. Tidak !!! Fortunately, I ran away. Well, not so fortunate when I didn't know where to go. So I hid myself in a storeroom. The class ended. Tadika ended at 11, so it wasn't that long I had to hide myself. Another lucky day when nature didn't call me. Kalau time tu rasa nak terkencing, memang kantoi lah aku menyorok. And I cried when my mom picked me up.

I locked myself in my room and cried. Huwaa huwaa. Guling sana guling sini lagi. My parent agreed not to send me to tadika. Serius aku rasa sangat bahagia masa tu.  Even when I was turning 6, I didn't attend it as well. You can say that I never actually went to pre-school.

Unlike everybody, I had an extra year of playing time while others had to start learning at the age of 5 or 6. Awesome ! But sometimes, on several occasions, I was wondering how exactly it felt like to attend pre-school. But I also gained some more valuable experience. Bakal diceritakan dalam Turn Back The Pendulum 2. Dah ter bagitahu spoiler dah ni. Tapi serius, tak ramai kan orang macam aku yang tak pernah pergi tadika. Ada tapi tak ramai. And that is one of the interesting facts about me. I didn't go to pre-school.

Pretty much I hate school when I was young, up till today actually. But it was fun. Don't you think?

1, 2, Mula !!!

Assalamualaikum. Peace be upon you.

Tak perlu aku nak bagi mukadimmah panjang-panjang, straight to the point. Diri ini dan menulis dan berceloteh memang tak dapat dipisahkan. Ceh, aku ingat nak berhenti menulis ada lah dalam 6 bulan ke setahun. Tak pasal-pasal sebulan je dah "gersang" nak menulis. "Macam haram," kata member aku dari Penang.

Sebagai seorang INFP, penulis / journalist merupakan salah satu kerjaya ideal. Apa itu INFP? Google kan ada. Malaysia ada Unifi kot. Lain kali aku cerita apa itu INFP.

And so, aku decide nak buat blog baru dan inilah blog tersebut. Ini bukan blog aku yang kedua actually, tapi blog keempat. Sebenarnya ini asalnya blog kedua, tapi aku dah renovate dua kali, tukar sana tukar sini, tambah widget, buat post delete post and akhirnya, menggunakan blog yang sama, aku delete kesemua post lama yang tak masuk akal tu dan tukar url. Maka jadilah

Paper Jet Plane - Kapal Terbang Kertas atau juga Sequel Sudut Kiri

Sebab apa pilih nama tu? Sebab waktu aku kecik-kecik, aku suka membazir kertas buat kapal terbang kertas. Aku mengendap bilik mak aku, kutip duit sampai 60 sen dan pergi kedai beli buku garis satu. Bila abah aku tanya nak buat apa beli buku, aku pun jawab cikgu suruh beli sebab nak pakai tulis a b c. Padahal aku koyak buat kapal terbang kertas. Abah aku pun angguk tanda setuju dan sambung baca harakah.

Nostalgia habis.

Kenapa tak sambung tulis sudutkiri? Aku memang dah lama plan nak buat blog baru. Technically, sudutkiri ada banyak post yang melibatkan masa silam, ada banyak kenangan, ada jugak benda pahit, macam-macam benda. Bila aku baca balik sudutkiri dengan trademark hitam oren tu, aku teringat banyak benda, and banyak jugak benda yang aku pernah menyesal buat dan banyak juga benda yang buat aku happy.

And so, aku rasa aku nak mula balik, to start anew. Yang lepas, biarkan lepas. Let bygone be bygone. Well, bukan lah nak lupakan, cuma ada certain things tu tak perlulah nak didedahkan lagi secara umum. So aku privatekan sudutkiri untuk bacaan aku seorang saja.

And mulakan blog ni. Nak cari idea baru, nak tulis benda baru, and yang penting, nafsu menulis aku ni membuak semacam je sebab tempat aku berada sekarang bosan gila. Bosan yang amat teramat sangat. And aku jumpa banyak benda, video lah yang banyak yang aku rasa aku kena share dekat korang semua. Kalau tak, menyesal. Korang lah nanti jadi outdated.

Dan juga aku harap sesiapa yang dulu sudi membaca sudutkiri, dapat enjoy blog ni seperti mana aku merepek di sudutkiri. Tapi maybe kali ini, blog ni lebih bersifat peribadi. So, jangan lah expect tinggi sangat. Ceh, tulis macam aku ramai peminat je. Huhu.

Lagi satu, macam biasa, blog ini ditulis dalam dwi bahasa. Maybe tri bahasa kot. Aku dah belajar bahasa tamil sekarang. Haha. Okay gurau. Dua bahasa je. Tapi yang melayu tu nasib lah kalau aku tulis dalam loghat. The simple the better.

Jadi,

Koyak buku korang, lipat sana lipat sini, then baling kapal terbang kertas korang. And see where the wind takes your paper jet plane.

You don't need to see the whole staircase to begin. Just take the first step - Dr Martin Luther King
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...