Saturday, August 24, 2013

Of Trivial Matters

Malukah anda terhadap kaum Melayu? Malukah anda terhadap Melayu Muslim?

Jujur, saya malu.

Isu terkini, surau yang digunakan oleh sekumpulan penganut Buddha di sebuah resort di Johor menjadi punca kemarahan umat Islam, dengan alasan mencemari kesucian tempat ibadah agama Islam dan juga bakal dirobohkan dengan alasan qiblat surau tersebut tidak berpandukan arah Kaabah di Mekah.

Bagi saya, isu ini tidak rasional. Isu terlalu bodoh untuk dibesar-dibesarkan sedangkan ada banyak lagi isu yang penting yang patut dicari jalan penyelesaian, dan bukan goyang kaki dan menghabiskan air liur menyuarakan pendapat kurang bernas sambil menegakkan anda lah pejuang agama.

Minda "holier than thou" perlu dilupuskan dalam segenap fikiran kita. Kebanyakan Orang Melayu hidup di dalam dunia mereka, hidup mereka hanya tertumpu terhadap isu disekeliling mereka seolah-seolah dunia ini berputar berpaksikan diri mereka sahaja. Tolonglah, buka minda, buka mata, buka hati.

Saya pernah belajar di Canada. Satu negara dimana peribadi rakyat nya saya kagum. Saya bukan mengagung-agungkan rakyat Canada, tapi jika diberi pilihan, saya pilih jadi orang yang tidak beridentiti, tidak terikat kepada sesuatu kaum jikalah pemikiran kaum tersebut hanya tertumpu kepada kepentingan diri mereka sendiri, dan juga mencela orang lain tanpa memikirkan sesuatu dari sudut pandang berbeza dan langsung membuang faktor rasional dari segenap pemikiran.

Inikan sikit-sikit Yahudi. Sikit-sikit politik. Anak muda bersepah merempit malam sabtu ahad, yang satu kaum, tapi yang dibisingkan benda tak berapa penting, benda yang membazir masa dan tenaga nak dibisingkan.

Saya pernah solat di sebuah taman tema, beralaskan sweater di kaki lima jalan. Tiada pula orang nak bising kepada saya, dan lebih mengejutkan security guard menutup sebahagian jalan tersebut supaya kami dapat bersolat kerana di taman tema tersebut tiada surau atau masjid.

Di University of Toronto, Canada tiada surau khas untuk Muslim. Yang ada cumalah Multi Faith Centre yang digunakan oleh semua orang untuk melakukan ibadat. Kebanyakannya yang menggunakannya ialah orang Islam, kerana kita diwajibkan untuk solat lima kali sehari. Hampir setiap kali waktu Zohor, Asar dan Maghrib sekiranya kelas hingga lewat malam dan juga ketika musim sejuk dimana Maghrib masuk seawal jam lima, Multi Faith itu dipenuhi oleh orang Islam.

Namun pada hari Sabtu, tempat itu digunakan oleh orang Buddha, dan hari ahad digunakan oleh orang Kristian. Tapi ketika masuk waktu solat, itu tidak menghalang orang Islam untuk gunakan ruang yang sama untuk beribadat. Saya pernah solat bersendirian di tepi sekumpulan penganut Buddha. Tidak pula saya dihalau dari tempat tersebut, dan mereka juga memperlahankan suara mereka untuk memberi keselesaan kepada saya yang ingin bersolat.

Saya pernah solat di tepi jalan, di dalam fitting room sebuah mall, di atas tangga, di bawah tangga, di tepi pantai, di atas padang lapang. Sewaktu di Miami, kami melawat pantai di sana untuk mandi manda. Ketika itu sudah masuk waktu zohor. Kami bersolat di atas padang rumput yang agak kecil, dilihat oleh ramai orang, di kawasan yang sama ada orang bermain bersama anjing mereka, tapi itu tidak memberi langsung masalah kepada kami.

Dalam perjalanan atau ketika bermusafir, arah kiblat terdapat pelbagai pendapat. Ia menjadi perdebatan alim ulama dan juga terdapat banyak khilaf. Kami tiada kompas, dan kebanyakkan masa kami lihat arah matahari, Tapi itu tidak bermakna arah kiblat kami seratus peratus tepat. Solat adalah hubungan hamba dengan Tuhan, dan diajar Tuhan itu Maha Mendengar, Maha Melihat, bukankah menunaikan solat itu lebih penting daripada bertengkar tentang arah kiblat? Peringatan kita kepada Tuhan lebih penting. Niat menunaikan solat itu menunjukkan kita ingat kepada-Nya, dan insyaAllah dia menerima ibadat kita. Jika lah arah kiblat menjadi isu utama, adakah Muslim yang dahulunya bersolat berpandukan Masjidil Aqsa tidak diterima ibadahnya hanya kerana ia tidak berkiblatkan Kaabah?

Saya bukanlah agamawan. Ilmu agama saya juga banyak lagi kekurangan. Tapi dari isu ini, saya lihat tingginya tahap kebodohan pemikiran sesetengah orang. Ini termasuk orang yang mempunyai ilmu dan orang yang punyai kuasa. Tapi dari segi akal pemikiran, tak ubah seperti orang yang cacat tahap tiga.

Ada banyak isu yang boleh diperhatikan. Isu pembangunan tidak sekata, isu kekurangan tenaga kerja dan juga peluang pekerjaan, isu harga rumah dan barang kawalan, isu keselamatan rakyat dan banyak lagi. Ini tidak, isu anjing yang dibangkit-bangkitkan. Atas alasan, saya lah pejuang agama ! Pejuang agama, tetapi kata-kata yang keluar dari mulut, itu tepuk dada tanya iman diri sendiri.

Kita perlu beri kepentingan kepada perkara-perkara yang membawa kemajuan kepada masyarakat, kalau lah tidak berbakti kepada masyarakat pun, biarlah ia memajukan diri sendiri setapak kehadapan. Kalau ingin dihormati, biarlah rasa hormat itu datang kerana kita sebenar-benarnya layak dihormati, Bukannya dengan meninggikan suara, dan bukannya kerana kita ada kuasa.

Dunia.

Dunia.

Kerana segelintir orang berperangai sebegini, rosak hancur punah maruah kaum dan agama.

Saya geleng kepala.

p/s: Ini adalah pendapat peribadi.


Sunday, August 18, 2013

Puisi Untuk Mesir

Deru ombak memukul di Mersa Matruh
Cerobong hitam terus mewarna langit
Benarnya panji teguh terpacak
Biar diri dipukul digertak
Apa erti perjuangan jika terhenti
Darah tumpah syahid ku kejari
Ini tanahku, ini tanahmu, ini nadiku, ini nadimu
Jentolak peluru tertusuk kalbu
Andai denyut terhenti, andai air mata gugur,
Gugurlah kerana panji, gugurlah di bumi sendiri

Antara Morsi dan El-sisi
Aku pilih yang berani, aku pilih yang berbakti
Sujud dan kepala dihentak kaki penzalim
Hilang nurani merobek daging
Kental jiwa senjata abadi
Aku perwira bumi pertiwi
Nil menjadi saksi, dari timur dari fajar pagi
Melutut merangkak, jeritan kebebasan
Dari belenggu manusia syaitan

Ranum tunjuk rasa di jalan kemenangan
Hajat rakyat marak semangat
Rela mati disiat-siat
Pelihara kasih, tergadai nyawa menjadi pusara
Sabarlah saudaraku, ia bukan sia-sia
Genggamlah bara bersama doa

Jalan juang itu luas
Wajah penzalim diguling dicantas
Mesir bumi suci, lantaran kisah Firaun dan para nabi
Moga perjuanganku, Tuhan amati





Tuesday, August 13, 2013

Untitled #19

Tepak hati berbekas rindu
Menyanggah jiwa di bawah purnama
Hujung dunia tempat beradu
Ihsan masa berungkai semula

Hijau daun nan segar embun
Menghias pagi di pinggir kota
Berurat berakar hati nurani
Beralun lembut memendam cinta

Thursday, August 1, 2013

Untitled #18


Of true reliance and firm belief, in religion and in God,

Would one's effort matter?

Yes, there is a reliance on the divine's power,

And to supplicate from Him in times of need,

Of which He is the Most Merciful and Most Giving,

But, the concept of tawakkal is strayed far from our understanding

Anas (radi Allahu anhu) reported that a person asked Rasul Allah (sal Allahu alaihi wa sallam), “Should I tie my camel and have Tawakkul (trust in Allah for her protection) or should I leave her untied and have Tawakkul.” Rasul Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) replied, “Tie her and have Tawakkul.” 

(Hasan) [Jami At-Tirmidhi]

Ramadhan is coming to an end. The search for lailatul qadar has already begun, 

Whether we miss it or we still have a chance,

Kiss the ground a little longer.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...