Sunday, June 10, 2012

Turn Back The Pendulum 9


Suasana malam dalam kelas seperti biasa, sunyi. Mujur tak banyak kerja sekolah hari ini.

"Ko nak balik bila ni? Tengok tak?"

"Of course ar. Kejap lagi kot. Dalam pukul 9.15 ke."

"Siapa lagi follow?"

"Aku rasa ramai je, tadi dekat surau semua dah pakat dah."

"Ok-ok. Nak pergi nanti panggil aku."

Kelihatan dua tiga empat lima pelajar lelaki 5.1 (Al-Razi) lalu di tepi kelas ready nak pulang ke asrama.

"Oi, jom lah. Tinggal-tinggal lah kerja tu."

"Haha. Pergi dulu, kejap lagi aku follow."

Aku cepat-cepat siapkan soalan latihan kelas tambahan Add Math. Nasib baik Faidhi and Amin dah siap, tiru jela sikit-sikit. Khairul Khusaini dan Hasyim di sebelah dah mula mengemas beg.

Suasana sedikit kecoh di luar kelas. Beberapa lagi pelajar lelaki dari kelas 5.1 dan 5.3 dah ready nak balik. Siap kerja, aku letak semua buku bawah meja. Beg kain hitam oren dicapai, berserta pensel case dan latihan kelas tambahan Pendidikan Agama Islam. Kerja Ustazah Zauyah ni kena buat, mahu naya kena soal dalam kelas and jawab dekat depan.

"Jom!"

"Pergi panggil Nizam kejap."

Dari 5.2 menyulusuri kelas 5.4 dan 5.5, turun tangga dihadapan 3.2 sehingga tingkat bawah dan berhenti di hadapan bilik SPBT. Kena cover line, takut-takut ada warden pulak malam ni. Line clear. Sampai di asrama, terus menuju ke bilik TV, blok Zuhal. Penuh dengan pelajar form 5 dan ada segelintir pelajar form 4.

Scene Fahri bertemu dengan Aisha lengkap berpurdah di dalam monorel terpacar di TV.

Sebenarnya, semua teruja nak tengok Ayat-Ayat Cinta tayangan di TV3 hari Jumaat pukul 9 hari tu. Ayat-Ayat Cinta ni memang benda hot suatu ketika dulu pada tahun 2008. Sampaikan aku pun tersedu-sedu baca novel ni terutama sekali dalam kelas agama Ustazah Zauyah.

Yang perempuan gilakan Fahri. Yang lelaki jatuh cinta dengan Aisha. Maria Girgis lakonan Carissa Puteri berambut merah dah cukup mencairkan hati mana-mana lelaki. Dan juga kegedikan nya yang membuat lelaki menjerit "Awwwwwhhh". Otai kaki pukul belakang kolah pun layan cerita ni.

Orang mula layan cerita Islamik. Bagus lah tu. Cerita start pukul 9, prep habis 10 suku. Nak tak nak, escape prep / balik awal adalah perkara wajib malam itu. Ayat-Ayat Cinta kot, rugi lah kalau dapat tengok separuh jer. Di bilik TV, boleh kata semua masih berbaju melayu. Masa iklan pun tak nak pergi balik dorm tukar. Takut seat kerusi dirampas. Ada jugak yang sanggup duduk atas lantai. Punyalah penangan Ayat-Ayat Cinta masa tu.

Mata tak bergerak dari screen TV. Bunyi-bunyi bising, mahupun suara memanggil kawan ditegur agar tak mengganggu konsentrasi. Nak feeling lebih, ewah.

"Eh, dah light off dah ni, kenapa TV bukak lagi?"

Sir Fakha terjah bilik TV.

"Dah-dah, tutup TV tu. Pergi masuk tidur. Siapa nak study je tinggal."

Hingus disedut. Kepala tak gatal digaru. Ada yang buat-buat batuk. Ada juga buat muka tak puas hati.

"Alah, Sir, kejap je, pukul 12 habis lah."

"Esok sabtu Sir, prep pun start lambat."

Satu demi satu pujuk rayu suara sumbang sadis kedengaran ketika itu. Yang tidak bersuara cuma berharap. Form 1 dan form 2 yang tiada kuasa authority dah berjalan pulang kecewa. Yang form 5 masih lagi tak berganjak. Hati keras, Ayat-Ayat Cinta punya pasal.

Maybe berkat semua layan cerita Islamik, Sir Fakha jadi lembut hati. Bila dah masuk scene akhir, ramai yang mula syahdu.

"Oi, jangan lah nangis."

"Eleh, padahal ko yang nangis kan?"

Yang lembut jiwa, dah mula menggosok mata, konon mengantuk. Siapa kata lelaki tak romantik? Cerita tamat pukul 12. Namun cerita mulut ke mulut dua minggu lepas tu barulah senyap. Setiap hari ada je dengar orang sebut Ayat-Ayat Cinta.

Ada jugak sanggup beli novel. Novel sedia ada di pass-pass ikut urutan "scander". Lagi-lagi dalam kelas Kimia Miss Subathny dan kelas agama Ustazah Zauyah. Hehe, kelas BM En. Wan Sazali aku lagi seronok baca paper.

Mungkin boleh layan cerita Ketika Cinta Bertasbih lakonan Asmirandah pulak lepas ni.

Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan di hatiku - Aisha (Ayat-Ayat Cinta)



p/s: TBTP 8 tak tulis lagi. Terlupa cerita Mustak tu tak habis lagi. Cerita ni actually dah lama tulis tapi post dekat blog batch (Matrix).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...