Thursday, December 6, 2012

Life: Minggu Yang Penat Dan Kecewa

Minggu-minggu akhir November / awal December ini agak sibuk. Kerja bertimbun atas meja. Tiap kali open laptop, nampak lah sticky notes dua tiga melekat dekat wallpaper, penuh dengan to-do-list.

Setiap minggu pack dengan lab. Mujur tinggal lab Survey last minggu depan. And lab report dah siap satu per satu. Tiap-tiap malam kerja aku menaip report jer. Ada lagi 3, insyaAllah siap semua hantar bagai jumaat ni. Weekend aku join volunteer. Aku dah cakap rasanya tapi tak berkesempatan nak tulis aku buat volunteer pasal apa. Lain kali lah, tapi serius join volunteer ni best. Kenal orang, dapat benda free, jalan sana jalan sini and yang penting lah bagi aku, weekend aku penuh dengan benda berfaedah, and syariah compliant. Takde benda-benda harom syaitonirrajim. So weekend dah terisi ada benda nak buat.

Tiap-tiap minggu asyik lepak mall jer. Duit pun habis. Mata tak payah cakap lah. Kalau mata ni tak lekat dekat kepala. dah merata dia jalan sendiri. Jaga mata please. Tapi satu benda je aku kecewa. Serius kecewa. Kecewa tahap apa pun aku tak tahu lah nak cakap apa.

Disamping buat kerja, takkan lah nak mengadap Word tu je 24 jam. Mestilah ada juga melencong sikit rehatkan otak. Aku pun main lah game Pokemon. Ada game lain tapi aku takut addict terlebih sangat so aku main Pokemon. Boleh kata sehari aku main dalam sejam lah. Siap lawan lagi dengan Sulem (Sulaimi) siapa ada pokemon lagi power. Dan-dan aku nak habis main dah game ni, pokemon aku semua dah power-power, sekali waktu nak save data, aku tersepak battery adapter, lappy's gone 'poooof'.

Arghhh, menjerit aku. Penat-penat main, sekali save data corrupt. Itu tandanya suruh aku buat kerja-kerja yang tak siap sebab final exam pun dah dekat. Kecewa serius kecewa. Sebab apa kecewa. Yelah sejam yang aku habiskan hari-hari bazir macam tu jer. Boleh lah sejam tu lain kali buat solat sunat ke, baca Quran / tafsir ke. Uhuk-uhuk, tersedak teruk ni. Rugi rugi rugi, kan?

Dah, aku nak sambung buat Structural Steel Design. Subjek killer sem ni. Weee, dapat 94 untuk Survey. Ada rezeki dapat kerja GIS dekat Hamburg. Terubat hati yang kecewa. Tapi still ah kecewa lagi.

Good luck rerakan untuk final. Rerakan = rakan-rakan. Jangan tanya aku, aku rasa kalau aku amik SPM balik, BM aku sedikit fail. Bukan fail eh, sedikit je fail.

By the way, jangan main Pokemon kerana Pokemon menggalakkan anda menjadi seorang yang animal abuse. Sobs, sobs lagi.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...