Wednesday, July 17, 2013

Hipokrit

Hipokrit, tak salah bukan?

Kala bulan Ramadhan ni, aku rasa ramai je yang faham, ramai yang mengerti, bulan Ramadhan bulan suci. Bulan Ramadhan bulan beramal jariah. Tapi disebalik pengertian tu, ramai lagi syaitan dunia berlari bebas mungkin.

Analogi, bayangkan, ikut lah. Satu tahun ada 12 bulan. 11 bulan buat dosa, kemudian tiba Ramadhan. Bulan penuh keberkatan, syaitan dirantai, pintu syurga dibuka seluas-luasnya, pahala berlipat kali ganda, itu belum kira kalau dapat berkat malam lailatul qadar lagi.

Apa lagi kita mahu?

Diberi peluang untuk menebus dosa 11 bulan yang lepas, masih tak nak ambil peluang lagi? Ajal itu bila-bila, orang kata. Kita angguk kepala, sebab ianya memang fakta. Tapi?

Hipokrit lah sikit. Lepas tu cuba-cubalah ikhlas.

Kalau tak buat amal pun, tak perlulah nak zahirkan dosa. Biarlah bertujuan untuk hormat bulan puasa ni. Kadang-kadang, tengok orang puasa tapi bab pergi bazaar Ramadhan, berkepit je tangan. Bulan puasa kot, hold lah sikit nafsu tu. Raya nanti lain cerita.

Then, macam-macam lagi lah yang benda tak berapa baik kita buat 11 bulan yang lepas. Ini satu bulan je, sebulan tu tak lama. Ramadhan datang sebulan then hilang terus setahun. Tahan sikit je, tak banyak.

Dan lagi bagus,

Biar lah sebelum ni kita jarang-jarang, atau langsung tak pernah baca al-Quran, buat solat sunat, apatah lagi kalau ada benda yang wajib pun kita tak buat, then bulan puasa ni lah nak buat semua sekali. Biar lah orang nak cakap apa sekali pun, biarlah kita hipokrit demi Ramadhan.

Orang kata jangan jadi hamba Ramadhan. Bulan ini aja baru nak buat amal. Tapi kadang-kadang kita perlukan catalyst. Dan bulan Ramadhan ni catalyst sebagus-bagus catalyst.

Mudah-mudahan amal kita lama-lama jadi ikhlas.

Mudah-mudahan buat amal jadi istiqamah.

Sekali lagi,

Hipokrit tak salah bukan?



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...