Wednesday, March 21, 2012

Random And Radical Boredom #13

Hai hai.

Lama gak tak update. Penat tulis report, singgah lah sini kejap. Sapu sikit mana-mana debu yang ada.

Update, aku rasa kalau nak cerita pasal minggu lepas, and minggu ini serta minggu depan semua pasal assignment, midterm tests, and lab report. Dah bagitahu kot post sebelum ni.

But anyway, Alhamdulillah untuk test Mechanic of Material (Solid). Damn, kata nak bagi formula. Mahu terkebil-kebil aku jawab nak ingat formula. Nasib baik lah satu soalan je yang terkebil-kebil. Alhamdulillah, lecturer baik ambil markah jalan kira. Boleh kata ace jugak lah test minggu lepas. Kalau ingat formula, boleh full mark kot. Uhuk, cam takbur pulak.

Test D.E (Differential Equation), lagi susah dari past years. Apsal lah tahun-tahun aku ni semua nak buat soalan susah jer. Tapi boleh lah jawab. Aku rasa jela boleh jawab, takde nak tinggal ruang kosong, betul atau salah tu belum tahu lagi. Tapi benda dah lepas, so tawakkal jela dapat result okay. Target dean list kot sem ni. Haha.


Aku baru sempat nak baca buku Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel. Baru separuh. Tsk tsk, umur dah nak masuk 21, achievement apa lah sangat aku ni. Takat result SPM tu, tak bawak perubahan pun dekat dunia ni. Tapi asalkan diri dah berubah jadi lebih baik sikit dari semalam, okay lah tu. Buat mana yang mampu. Tsk tsk lagi.

Oh, ada benda baru masuk dalam wishlist seumur hidup. Nak naik hot air ballon. Lagi best, dapat dating dengan bini naik hot air ballon tengok sunset. Gila berangan, tapi lepas buat kira-kira, tak mustahil kot. Sikit-sikit post pasal kahwin dekat facebook, aku nak propose masa naik hot air ballon tu. Amacam? Takde orang buat lagi kot. Haha, berangan lebih.

So, akhir kata, aku ada lagi 3 test. Satu jumaat ni, 2 lagi minggu depan. Doakan !

Oh, nak kucing. Kalau lah tak kena sertu pegang anjing, dah lama dah aku bela husky

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...