Tempat: Kelas 2 Al-Razi, Semesta
Krriingg, krriingg !!! Loceng 10 malam berbunyi.
Loceng sepuluh malam menandakan waktu prep bagi pelajar perempuan tamat manakala prep malam pelajar lelaki pula habis pada pukul 10.15.
Aku sengseng lengan baju melayu. Siap menyalin jawapan soalan matematik Cikgu Izam daripada Faiznur. Aku menguap, mulut terbuka luas dibiarkan begitu sahaja. Tak ada perempuan pun nak tengok, semuanya tergesa-gesa mengemas barang dan mencapai beg pulang ke asrama.
Ada segelintir dua tiga muka budak perempuan kelas lain menunggu di tepi pintu. Menunggu teman baik pulang bersama, iya lah kan bestfriend forever tambah pula tangga sekolah berdekatan dengan kelas aku di tingkat 3, blok Amal.
Nafsu muda mula membuak. Pelajar kelas 2.1 (Al-Razi) kebanyakkannya senyap-senyap belaka, tapi hakikatnya 15 minit sebelum bunyi nya loceng sepuluh suku malam, mereka semua bertukar buas. Dari bermain bola kertas digumpal-gumpal daripada surat khabar kepada berlari sekeliling kelas tanpa memakai baju sehinggalah bersolat diatas meja supaya dapat pulang awal ke asrama, semua nya berlaku dalam 15 minit itu. Aku panggil waktu kemuncak.
Aku pergi ke meja Faiznur untuk memulangkan buku matematik. Rutin harian setiap prep malam, meminjam mana-mana buku kawan yang siap kerja sekolah. Entah kenapa, aku terasa ingin memekik malam itu. Lagu '"Melompat Lebih Tinggi" nyanyian Sheila On 7 sesuai dengan jiwa budak hingusan 13 tahun meluah perasaan kepada dunia.
"Ku petik bintang ! Untuk kau telan ! Cahaya nya tenang, berikan kau perlindungan !"
"Sebagai peringat teman, juga sebagai jawapan ! Semua tentangan !"
"Ehem-ehem !"
Suara seperti ku kenal, tapi di mana ya ? Aku toleh ke kiri.
"Damn, kantoi," aku mencarut dalam hati tanda hormat.
Cikgu Zaharol "Sesungut" berdiri dengan rotan di pintu depan kelas. Sejak bila pulak dia ni rajin bertugas. Mendapat gelaran "Sesungut" kerana dua helai rambut hadapan beliau terjuntai sehingga ke dagu, seakan-akan sesungut lebah.
Cikgu Zaharol: Awak buat apa ni? Awak bertiga mari sini.
Kami tiga kepala akur. Apakah sangat daya kudrat budak 13 tahun dihadapan seorang warden.
Cikgu Zaharol: Awak ikut saya.
Kami mengekor Cikgu Zaharol sehingga ke hadapan tangga terletak diantara 2.5 (Al-Biruni) dan 5.3 (Al-Khawarizmi). 50 meter lebih kurang dari kelas 2.1.
"Sekarang, awak bertiga menyanyi dekat sini. Awak berdua main gitar, awak pulak menyanyi". Arahan diberi kepada kami bertiga.
Dengan segan-silu, kami pun memekak di situ. Glamour semalaman lah katakan.
"Ku petik bintang ! Untuk kau simpan !"
Lirik dibetulkan.
Sejak daripada tu, aku tak pernah menyanyi lagi waktu prep malam.
4 comments:
Taaaakk pernah tahuu pun ! Hahaha
mana nak tahu, korang kan dah balik. ni dah bagitahu la ni. hahaha
malu weyh. tapi dah bese muka tebal. huu~
izhar!!! macam tu sekali ke?? xpe2. kenangan~
true story. yup2, kenangan :)
Post a Comment